Friday, 7 November 2014

TEMPAHAN

Kami juga menerima tempahan bagi pelbagai majlis seperti perkahwinan, aqiqah, jamuan harijadi, rumah terbuka hari raya, jamuan mesyuarat dan sebagainya

Sila hubungi 010-2930773 @ 012-3944832

DAPATKAN SAMPEL KUIH

Kalau nak cuba rasa kuih yang enak, boleh dapatkan di restoran , cafe atau gerai di Taman seri gombak

PENGENALAN

Bismillahirahmanirahim....
Assalamualaikum, apakhabar semua pembaca. Harap semua dalam keadaan baik , sihat walafiat dan dilimpah rezeki serta dirahmati allah dan  tidak lupa juga bagi pembaca yang bukan muslim sentiasa dalam keadaan ceria selalu.Pada 2013 Bermula percubaan resepi dari ibu kemudian dihidangkan juadah bersama teman-teman dan saudara. Dari situ kami menerima tempahan. Permintaan kuih kami semakin meningkat apabila menjelang bulan Ramadhan dan Aidilfitri. Selepas musim perayaan tahun lalu, kami mengorak langkah dengan menghantar beberapa jenis kuih di gerai, selepas itu tempahan semakin menggalakkan.
Pada bulan mac 2014 kami mendaftar syarikat. Pada mulanya nak daftar syarikat nama Talam Projek, apabila submit kat kaunter diorang suruh ubah sikit sebab nama tu tak sesuai . Katanya nama yang kami nak letak tu sesuai untuk syarikat yang menjalankan projek pembinaan. Dan ia mengambil masa yang lama nak proses sebab nak cek sama ada syarikat lain guna nama yang sama. Jadi dia bagi pendapat untuk letak nama syarikat "Talam nyonya manis" , gabungan dari nama pilihan 1 dan 2. Sebab dalam borang dia suruh isi sekurang-kurangnya tiga nama yang berbeza. Pilihan 1 kami letak Talam projek  dan pilihan kedua adalah kuih nyonya manis . Orang kat kaunter tu kata "klau guna nama ni seminit siap dan sesuai untuk perusahaan makanan atau kuih" jadi kami pun setuju. Ok juga nama tu dan ada juga kebetulan nama tu seperti Nyonya , ia ada kaitan dengan guru yang seorang mualaf mengajar ibu saya buat pelbagai kuih nyonya.